Assalamualaikum and hi.
Cerita pasal family dah, pasal pakwe pun dah. Now nak cerita pasal kawan. Yes! KAWAN. Aku ni boleh nak dikatakan memilih jugak lahh. Memilih bab kawan. Kenapa? Sbb tak nak salah pilih kawan. Dan biasanya kalau aku berkawan, susah sikit nak lelama. Means rapat sangat or whatsoever yg sama maksud dari segi bahasa dan istilah. Mungkin aku just suam-suam kuku jee dengan org tu. Still berkawan cuma tak rapat sangat. Still bergurau tapi tak berapa nak kasar sangat lahh gurauannya. Gurau suam-suam kuku gitu. So kalau ada insan terpilih yang aku boleh relax jee nak bahan, gurau kasar, gedik, manja dan sebagainya, ketahuilah bahawa anda adalah antara manusia yang aku dah selesa untuk berkawan. Kalau aku dah selesa berkawan dah gelak huhu haha, sampai part aku bergurau, bahan sikit jee nak sentap, haa ni aku nak bagi nasihat "pergi lahh dari hidup aku sebelum aku yang buat donno jee dengan kau lepas tu"
Cukup lahh tu mukaddimah
Ehem ehem! Attention pehlishhh. Nak kenalkan sorang kawan, yee, sorang jee, yg boleh nak dikatakan faham aku serba-serbi. Boleh nak in lahh dgn dia ni. Complete serba-serbi dalam ciri-ciri kawan untuk aku.
RAMELIA FEVELINA BINTI ISMAN

So, here's the person yg aku kawan paling lama. Since form 2 until now. Time tu aku baru masuk sekolah. Biasalahh. masuk pun time form 2, manade kawan lagi. Berkawan pun dengan kengkawan time sekolah rendah dedulu. Alaaaa cedih nyaa. So nak dijadikan cerita, si Mell ni berkawan jugak dengan diorang. So start situ lahh kitorang rapat. Rehat sama. Pergi solat asar sama *cehh solat sangat* ye lahh. form 2 kan sekolah petang. So ada lahh masa nak pergi solat asar dan yg sebenarnya kami tak pergi pun. Dok tawaf satu sekolah. Ala-ala pemantau dari luar gitu. Perangai betul masing-masing. Pernah gaduh sekali ke dua kali ntah. Sebab apa tu lupa pulak. Tapi kejap jee. Pastu kawan balik. HAHA mcm bebudak dulu en "aku tak nak kawan kau" tup tup tak sampai sehari dah bertepuk tampar. Alaahhaaiii~ Si Mell ni manja sikit. Sikit. KOT. Kahh ingat lagi time keluar dengan dia, dia share problem dia, pastu dia nangis. Wuuuu T^T aku yg kat sebelah ni pun bajet kuat jee. Padahal sendiri tak boleh tengok orang lain menangis. Haha :'D serious lahh. Kalau apape jee mesti cari dia. Suka ke sedih ke terpinggir ke. Semua dia. Pendengar yg setia. Sama lahh mcm aku *uhuk uhuk* HAHAHA aku jenis tak suka cerita masalah dekat orang. Sbb aku susah nak percaya orang. Tapi dengan dia aku rasa selesa bila share problem, gossip, sbb aku tahu dia tak kan cerita dekat orang lain. Dia takkan tika belakang yg macam "KAWAN-KAWAN" aku dedulu tu. Memang dulu lahh ceritanya kalau aku ignore orang yg perangai hawau mc tu. Kosser lahh nak kawan lama dengan spesis gitu. Okay sambung. Perangai Mell boleh gak tahan annoying. Kuat membahan. Tak nak kalah. Semua tu kau, Mell. Tanya dia time bila kitorang serious. Tak de nyaa nak serious lelama. 5 minit lepas tu, gelak mcm hantu. Tapi tu lahh. Entah mcm mana ntah boleh kenal dengan si gila ni. Lama pulak tu berkawan. Pelik teiii. Kira dia ni lahh bestfriend forever gua. Woii engko ingat senang ke aku nak cari bestfriend forever nii. Banyak pantang larang taw. Haaa so sape yg agak-agak nak jadi bestfriend forever gua, silalahh rujuk dekat Mell. Tapi jangan sailang dia pulak. Kesian dia nanti takut terasa terpinggir dgn gua. Kihkiih
Tu jee lahh yg aku nak share. Nak share lebih takut menangis pulak sbb aku sweet cerita pasal dia. Kahkah ekceli, aku share bukan sbb sesaja hilangkan bosan, tak tahu nak buat apa, lebih baik do something dari mengangkang. Kita semua ada kawan baik kita sendiri.. Ada yg kawan baik yg jenis share benda yg sama, kau suka tu aku suka tu, kau nak ni aku nak ni, ada jugak yg contra. Kau baik, aku jahat. Aku comel, kau tak. HAHAHAHA macam-macam kan? Terpulang dekat kita sebenarnya kita nak berkawan dengan sape. Tak salah pun. Yg salah tu, cuba menyailang dan cuba menjarakkan sesuatu hubungan. Kenapa nak kena jarakkan? Cemburu? Kenapa perlu cemburu? Tak de kawan lain? Pergi cari. Mudahkan? Satu jee nak kata. Apa kata kita selidik diri kita dengan seseorang. Macam mana orang tu layan kita bila kita lepak sesama. Macam mana reaksi dia bila dengan kita. Happy? Bebetul happy ke bebuat happy. Kita kena sensitive dengan keadaan sekeliling kita. Tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Tapi kalau dah sampai ada yg pijak kepala kita, anda dipersilakan buat demikian. Nak lenyek kepala dia dengan kereta kebal pun dialu-alukan.
Sekian saja nasihat free dari seorang Nurul Syuhada binti Abiubaidah kepada insan yang ingin menjadi dan mencari seorang rakan baik. Kenal diri sendiri dulu. Kita suka yg mcm mana. Apa pulak yg kita tak suka. Tak kan susah kalau kita dah tahu apa yg kita nak. ASSALAMUALAIKUM :)
p/s: dear Mell, tolong kata aku sweet post pasal kau. HAHAHAHA bye.


